B.A.K.A.S
Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekelililng
Kementerian Kesihatan melalui Cawangan Kejuruteraan pada tahun 1968 telah memulakan sebuah projek perintis, dan seterusnya pada tahun 1973 Rural Environmental Sanitation Program (RESP) atau Program Kebersihan Persekitaran Luar Bandar yang kemudian dikenali sebagai BAKAS (Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling) telah diterima sebagai program kebangsaan dalam Rancangan Malaysia ke 2.

OBJEKTIF PROGRAM
1.1 Objektif Umum
Objektif utama program BAKAS yang
dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk mencegah serta
mengawal kejadian penyakit-penyakit berjangkit bawaan air dan najis seperti
taun, kepialu, cirit birit, disentri dan hepatitis A di kalangan penduduk luar
bandar dengan cara mempertingkatkan kebersihan alam sekeliling dan mutu bekalan
air melalui penyediaan kemudahan asas bekalan air bersih dan sistem sanitasi
yang sempurna.
1.2 Objektif Khusus
1.2.1
Untuk mengurangkan kejadian penyakit-penyakit
berjangkit bawaan air dan makanan
termasuk serangan penyakit cacing melalui alam sekeliling yang sempurna
1.2.2
Untuk mendapat penyertaan maksima daripada penduduk
bagi memperbaiki kebersihan alam sekeliling di persekitaran rumah mereka dan
juga untuk masyarakat, supaya mendapat faedah maksima daripada persekitaran
yang telah diperbaiki, memperkenalkan kemudahan-kemudahan kesihatan,
mengurangkan kos dan menentukan bahawa penyelenggaraan dan operasi kebersihan
diteruskan pada masa hadapan
1.2.3
Untuk mendidik kanak-kanak menggunakan kemudahan
kesihatan
1.2.4
Memastikan setiap buah rumah di seluruh negeri
mempunyai dan menggunakan tandas sempurna
1.2.5
Membekalkan bekalan air yang selamat dan mencukupi
kepada masyarakat serta memastikan bekalan air yang dibekalkan oleh pihak
berkuasa adalah mencukupi dan selamat
1.2.6
Menentukan setiap buah rumah mengadakan sistem
pembuangan air limbah dan sampah sarap yang teratur dan kebersihan rumah dan
sekeliling yang memuaskan supaya dapat menghapuskan haiwan yang membawa
penyakit seperti nyamuk, lalat, tikus, lipas dan sebagainya
1.2.7
Memastikan rumah di seluruh negeri mengamalkan tabiat
menjaga kebersihan alam sekeliling dengan sempurna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan