Selasa, 6 Oktober 2015

IMBAUAN AKTIVITI BAKAS PKD PERAK TENGAH 2014 


 











1.0              RASIONAL
Suasana dan persekitaran pejabat yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan anggota bagi melahirkan insan  yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.

2.0              MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah pejabat yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria,  cantik,  dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk anggota   iaitu selarasVisi jabatan bagi mencapai kegemilangan dalam perkhidmatan  dan sahsiah warganya .

3.0        OBJEKTIF
i)                    Mewujudkan kawasan pejabat yang lebih ceria dan harmonis.  
ii)                   Menjadikan kawasan pejabat selesa dengan keceriaan yang menarik dan mendorongkan perkhidmatan yang terbaik dikalangan warga kerja.
IMBAUAN AKTIVITI BAKAS PKD PERAK TENGAH


BENGKEL TATACARA PENANAMAN DAN PENJAGAAN POKOK HIASAN PADA 26 MAC 2014












OBJEKTIF UMUM
Memberi pendedahan kepada anggota berkaitan teknik-teknik menanam dan penjagaan pokok hiasan yang betul dan efektif bermula dari hari pertama penanamannya untuk menjamin pokok sentiasa sihat.

OBJEKTIF KHUSUS
Selepas menghadiri bengkel, peserta akan:

1.      Mengetahui keperluan- keperluan untuk menanam pokok hiasan.
2.      Mengetahui teknik yang betul sebelum menanam sesuatu jenis pokok hiasan.
3.      Mengetahui teknik membaja dan penggunaan baja yang sesuai.
4.      Mengetahui cara penjagaan yang sesuai supaya pokok hiasan dapat tumbuh dengan subur dan menarik.
B.A.K.A.S
Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekelililng

Kementerian Kesihatan melalui Cawangan Kejuruteraan pada tahun 1968 telah memulakan sebuah projek perintis, dan seterusnya pada tahun 1973 Rural Environmental Sanitation Program (RESP) atau Program Kebersihan Persekitaran Luar Bandar yang kemudian dikenali sebagai BAKAS (Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling) telah diterima sebagai program kebangsaan dalam Rancangan Malaysia ke 2.



OBJEKTIF PROGRAM



1.1       Objektif Umum
Objektif utama program BAKAS yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk mencegah serta mengawal kejadian penyakit-penyakit berjangkit bawaan air dan najis seperti taun, kepialu, cirit birit, disentri dan hepatitis A di kalangan penduduk luar bandar dengan cara mempertingkatkan kebersihan alam sekeliling dan mutu bekalan air melalui penyediaan kemudahan asas bekalan air bersih dan sistem sanitasi yang sempurna.

1.2        Objektif Khusus
1.2.1        Untuk mengurangkan kejadian penyakit-penyakit berjangkit bawaan air dan  makanan termasuk serangan penyakit cacing melalui alam sekeliling yang sempurna
1.2.2        Untuk mendapat penyertaan maksima daripada penduduk bagi memperbaiki kebersihan alam sekeliling di persekitaran rumah mereka dan juga untuk masyarakat, supaya mendapat faedah maksima daripada persekitaran yang telah diperbaiki, memperkenalkan kemudahan-kemudahan kesihatan, mengurangkan kos dan menentukan bahawa penyelenggaraan dan operasi kebersihan diteruskan pada masa hadapan
1.2.3         Untuk mendidik kanak-kanak menggunakan kemudahan kesihatan
1.2.4        Memastikan setiap buah rumah di seluruh negeri mempunyai dan menggunakan tandas sempurna
1.2.5        Membekalkan bekalan air yang selamat dan mencukupi kepada masyarakat serta memastikan bekalan air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa adalah mencukupi dan selamat
1.2.6        Menentukan setiap buah rumah mengadakan sistem pembuangan air limbah dan sampah sarap yang teratur dan kebersihan rumah dan sekeliling yang memuaskan supaya dapat menghapuskan haiwan yang membawa penyakit seperti nyamuk, lalat, tikus, lipas dan sebagainya
1.2.7        Memastikan rumah di seluruh negeri mengamalkan tabiat menjaga kebersihan alam sekeliling dengan sempurna